Thursday 9 May 2013

Officially done for 4th semester.

ASSALAMUALAIKUM. 


Hmm hmm. 
Result students UiTM keluar hari ni. Sedap sedap aku tengah layan drama korea dekat youtube. Lalu email masuk menyapa desktop lappy aku dengan bunyinya sekali tepat jam 1.00 a.m . Dup dap jantung aku dari gelak tawa terus jadi seram sejuk. Kau tau aku terkejut beruk. Tapi takderlah beruk sangat. Setakat tutup muka dengan bantal sambil jerit. Yelah kan sbb selalu aku akan tengok result time pagi pagi subuh.

"Aaaahhhh...Aahhhhh"

Itu jelah. Hahaha. Aku tak tau nak bukak email dulu ke nak amik wuduk dulu ke nak jogging setempat ke nak lompat lompat dulu ke. Haha. Macam macam dah ni. Tapi last sekali aku try buka email. But then hang kejap. What the. Apasal ni??? tak nak bagi aku tengok result aku ke? Ehh ehhh. Main main pulak dengan aku kan. 

So aku layan dulu drama aku download tu. Lama sikit, aku try buka email balik. Tak boleh jugak. Ada lah dalam 5 kali aku try. Last sekali aku siap siap nak pergi tandas yang mana nak buang air pun tak sempat kan, gara gara result ni. Tapi aku try jugak lah buka lagi sekali. Tunggu jap depan lappy. 

. . . . . . . . 
loading



Aku siap tutup lappy dengan bantal lagi. Fuhhh fuhh. Tapi Alhamdulillah, syukran Ya Allah. Rezeki ni untuk mama sebagai hadiah daripada anaknya yang serba kekurangan ni. Walaupun result aku turun semester ni. Sikit pun aku rasa sangat sedih. Maybe macam ni lah kot bila budak sekolah aku dulu rasa kalau berada kat tempat tinggi, bila jatuh even sikit pun rasa macam hmm hmm.

Nak dijadikan cerita, aku on FB tengok mama tengah online. Ingat nak buat surprise sikit ah. Bagitau result by IM kan. Bila aku cakap result aku, mama tak reply pun. Padahal aku kat bilik and mama kat ruang komputer je pung. Malas nk cakap depan depan. Tapi alahai lama gila tunggu nak reply. Seen sudah. Bila aku keluar bilik, tanya kenapa tak reply IM. Tau apa mama cakap?

"Ehh, takder bunyik pun IM ni. Tak perasan lah. hehe "

Hahah. Seriously lawak. Aku baru ingat petang tu aku ada main game. So aku silent kan sound. Hahaha T_T sabar jela. Takper mama, adik dah buat mama gembira kan kan kan :')

Tetapkan pendirian. Yeahh practical pula menanti. hmm hmm. By the way, congratulations to all my friends yang result keluar 9/5/2013 haha. 


p/s: Alhamdulillah, aku dah dapat tempat praktikal, hope everything okay je with the company. InshaAllah :')

안녕
annyeong
Next update: Mother's Day