Monday 18 March 2013

Pangkor with classmates :)

ASSALAMUALAIKUM.

Dah berapa minggu baru aku ada masa sikit nak taip cerita pangkor yang lemas hari tu. Aku ulang "ada masa sikit". Aku ingatkan minggu ni dah relax, but unfortunately.. mmg bertimbun dengan test. Picture baby foreigner ni jadi intro pulak. hehe



Jumaat, petang.

aku lupa pukul berapa kami kami ni sampai. hmm. dah berminggu minggu aku simpan cerita ni kat kotak minda. Memang belacan lah ceritanya kan.


Gambar atas ni semua muka baik-baik je kan. Macam pergi class trip zaman sekolah. Ahaks. Tapi bila masa entah sampai cucuk langit pulak tu. Daripada gaya peace terus disco. Nampak tak nampak tak? >.<


We all tidur kat chalet, tp takder lah chalet sgt. Sebab budget student kan. So dia macam studio room. Selalunya orang sebut bilik yang ktorang stay tu studio room. Ahhh pape jelah kan. Yang penting bayar RM 110 tunai. HAHA.


Sampai sampai je terus get ready nak pergi berkayak. Nampak tak ittew pakai baju I <3 AG tuu.. hik hik hik. Tapi kan schedule time holiday pangkor ni pack gila kot. Haha. Macam nak pergi kelas pulak. Nak kena ikut schedule.. Ittew first time berkayak :3


Jumaat, malam.

Lepas je BBQ malam tu, terus main game. Haha, ceritanya nak main game pantai. Tapi dah malam kot.. baling bola pun tak nampak dah. So, lepak lepak jap kat tepi pantai sampai pukul 1 pagi camtu lah. Then baru balik bilik. Itu pun bukan balik tidur, balik nak pergi main swimming pool pukul 1.30 pagi. Gila tak gila lah kan. Tapi seronok lah. Even boys yang ikut pun setakat empat kerat je kan. Nak buat macam mana. HHAHAHA. 



Sebelum berBBQ, berbuaian berlarian ni, padahal siang harinya berlaku kes lemas lemas ni. Alhamdulillah semua okay. Dah dah malas nak cerita lemas lemas ni. Benda dah jadi. Tapi takder lah sampai fobia kat air. har har har. Itu nampak sgt poyonya.


 Sabtu, pagi.

Pagi pagi bangun straight pergi snorkeling. Muka semua muka tak cukup tidur. Malam air pagi air ptg air. Everytime dlm air jela. Takder tempat lain dah. Haha. Snorkeling pun ittew first time jugak hik hik hik. Memang tak reti kot aku. Nak terapungkan badan pun terkapai kapai. Acano tu -..-

Haaaa. That time lah aku jumpa old schoolmate time MRSM dulu. Gila lah kan. Tapi serious sebenarnya aku tak ingat nama dia. But then, nasib baik dia  pakai headband tulis his name. Kalau tak sampai ke petang lah aku fikir nama dia. Hahaha. 

Tapi serious aku teruja kot jumpa bdk sekolah aku. HAHA. Even bukan pernah cakap pun -.-''


Pastu nak tengah hari sikit. Ronda ronda pulau pulakkk :D Ada pulau tu macam muka orang, buaya, katak dan tak ingat dah. Serious, Malaysia has a lot of interesting places to visit. HAHA. Terokailah negara sendiri dulu. Kenapa aku macam skema sangat ni. hihi :B


Sabtu, tengah hari.

Kteorang check-out tgh hari. So, ceritanya we all kat Pangkor ni less than 24 hours kot. Tapi buat activities rasa macam 2 3 days stay kat Pangkor kot -.-'' Sumpah penat. Sampai tidur pun tak ada mimpi dah. Macam baru je pejam mata then bukak balik. Haaa macam tu lah T_T

This picture masa kat receptionist time nak tunggu orang amik kteorang balik jeti. So, this! OUR CLASS TRIP yang paling best. Ahaks :)





So, before heading back to Lumut. Sempat lah beli somethings to eat. Sotong sotong tu. Apa tah nama dia.  Padahal boleh je beli kat Giant ke Tesco ke. Ade je jual. Tapi nak jugak lah rasa macam tengah holiday kan. Shopping mcm foreigner. HOHOHO. 



p/s: Gonna miss this moments. #classmates #holiday #doubleawesome #enjoy


안녕
annyeong

No comments: